Rabu, 2 September 2020 - Sesi ke 5 Matematik program #TAG4Future untuk kelas 5 Azam SMK LKTP Pemanis telah diadakan melibatkan 43 orang sukarelawan tutor. Sesi bermula pada jam 02.00 petang dengan energizer yang dikendalikan oleh Mohd Irfan.
Pendekatan untuk kelas 5 Azam berbeza dengan pendekatan kelas 5 Bakti. Dalam sesi 5 Azam, para pelajar tidak dikelompokkan sebaliknya mereka membuat kerja yang diberikan sendiri. Sukarelawan tutor akan membantu menerangkan atau menunjuk jalan jika terdapat kekeliruan dan ketidakfahaman mana - mana soalan.
Projek #TAG4Future ini dibiayai oleh Impact Malaysia dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat ADUN Pemanis. Ia dilaksanakan di dua buah sekolah iaitu SMK LKTP Pemanis dan SMK Palong Timur.
#ImpactMalaysia
#SecuringYouthEducation
#BungaBangsa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)