BATU ANAM, 15 September - Laporan Fasa 1 #TAG4Future yang berakhir 31 Ogos 2020 telah disampaikan kepada Impact Malaysia bertempat di SMK Palong Timur.l oleh Ketua Projek, Mohd Faiz kepada Encik Junaidy, Senior Associate Impact Malaysia.
Laporan setelah 93 halaman itu mengandungi 7 bab utama dan 4 dokumen lampiran merupakan penceritaan, ulasan dan analisis yang menjadi syarat wajib di dalam perlaksanaan projek.
Terdahulu, satu sesi ramah mesra di antara Encik Junaidy dari Impact Malaysia, G2 dan Tuan Pengetua SMK Palong Timur, Haji Muzaffar Shah Ghazali telah diadakan bertempat di Pejabat Pengetua. Dalam sesi ramah mesra itu, Encik Junaidy telah menerangkan mengenai Impact Malaysia dan apakah yang organisasi itu lakukan dalam pembangunan generasi muda.
Manakala pihak sekolah pula telah menerangkan serba sedikit sejarah program - program yang mereka lakukan sebelum ini bersama G2.
Ia kemudian diikuti dengan sesi rakaman video untuk tujuan promosi dan dokumentasi oleh Team Media Impact Malaysia melibatkan kesemua 3 kelas Tingkatan 5 sekolah berkenaan yang sedang mengikuti tutorial Matematik Tambahan dan Sains yang dikendalikan oleh Pasukan Sukarelawan Pendidikan Tutor #TeamG2.
Terima kasih Impact Malaysia dan SMK LKTP Pemanis.
#SecuringYouthEducation #BungaBangsa #TAG4Future
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)