Sabtu, 5 September 2020 - Sukarelawan #TeamG2 hari ini berkhidmat di dalam program Taklimat Bantuan Khas Ibu Tunggal anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Pemabis dan Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor bertempat di Dewan Pekan Jabi, Segamat.
Seramai 5 orang sukarelawan G2 bersama Majlis Belia Daerah Segamat bersama - sama membantu pengurusan program. Ia dirasmikan oleh YB Dr Chong Fat Full, ADUN Pemanis yang juga Exco Kerajaan Johor.
Taklimat pula diberikan oleh Pengarah, Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor. Lebih 150 orang ibu tunggal dan lain - lain tetamu telah hadir. Terima kasih kepada semua sukarelawan #TeamG2 yang telah menyumbang tenaga pada hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)