SEGAMAT, 12 September 2020 - Seramai 4 orang peserta program ARPRM yang kini sedang menyempurnakan Tahap Emas telah menyumbang khidmat bakti mereka menerusi gotong - royong yang diadakan oleh Sekolah Kebangsaan Temenggung Abdul Rahman (STAR) di sini, Sabtu lalu.
Mereka adalah Fakhrul Aiman, Zulfahmi Zain, Syazrul Alif dan Mohd Anees Mohd Assri.
Program gotong - royong itu juga diserta bersama oleh guru - guru, staf sokongan sekolah, PIBG dan kumpulan belia. Ia telah berlangsung dari jam 08.00 pagi dan berakhir 5 jam kemudiannya.
#TeamG2 mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat yang telah memberikan peluang untuk para peserta ini terlibat sama menyumbang bakti. Terima kasih juga kepada pihak sekolah dan tahniah di atas program yang telah berjaya dilaksanakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)