Sabtu, 21 Ogos 2021

[817] Webinar ARPRM Siri 4 : Badan Operasi - Roda dan Penggerak ARPRM

BADAN OPERASI ADALAH TERAS UTAMA YANG MEGGERAKKAN PROGRAM ARPRM

Jumaat, 20 Ogos - "Badan Operasi atau BO merupakan teras utama yang menjadi platform sokongan dalam menggerakkan program ARPRM. Banyak tugas dan kerja yang perlu diselesaikan oleh BO dalam usaha untuk memastikan seseorang itu berjaya mencapai pentauliahan ARPRM." Demikian antara perkara yang dilontarkan oleh Panel Pertama Webinar ARPRM Siri 4 yang berlangsung pagi tadi.

"Banyak perkara yang saya belajar dari BO. Dari tidak tahu apa - apa semasa membuat Gangsa mahupun Perak, hingalah saya mampu berlari ketika melaksanakan Emas dan kini terus memecut," ujar Panel Kedua, Encik Mohd Firdaus pula.

Hari ini, Badan Operasi ARPRM Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah mengendalikan sesi Webinar ARPRM Siri 4 dengan tajuk Badan Operasi : Roda dan Penggerak ARPRM.

Sesi selama lebih sejam itu berlangsung menerusi platform Zoom Meeting. Menerusi platform itu, ia diikuti oleh hampir 200 orang peserta dari semua negeri di Malaysia meliputi aktivis NGO, peserta ARPRM, alumni ARPRM, pelajar universiti dan pegawai - pegawai Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.


Siri Webinar adalah anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Untuk Siri 4 ini, ia diadakan dengan kerjasama Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Selain Zoom Meeting, dia juga disiarkan serentak di pelbagai plafrom media sosial Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Persatuan.

Webinar menampilkan dua orang panel iaitu Encik Armizam Abd Rahim (Ketua Mentor BO #TeamG2 dan Panel Penilai ARPRM Emas) dan Encik Mohd Firdaus Zainal Abidin (Penerima ARPRM Emas 2015, Tokoh Belia Johor 2020 dan Mentor ARPRM).

Ia telah dimoderatorkan oleh Encik Mohd Nur Ashraff Husin, penerima Emas ARPRM 2016.

Dua orang tetamu jemputan adalah Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat) dan Encik Mohd Khairul Izuan Abd Aziz (Peserta ARPRM Tahap Emas).














































Bagi pihak BO #TeamG2, Encik Ashraff merakamkan jutaan terima kasih kepada Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia juga kepada semua peserta sesi webinar ini.

"Terima kasih juga kepada rakan - rakan rangkaian NGO yang membantu dari serata negeri. Semoga kita dapat terus mengukuhkan generasi menerusi program - program yang bermanfaat," ujar beliau lagi.

#ARPRM #DoE #DofE #WorldReady

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...