KITA DICABAR TEKNOLOGI : AGAMA, AKHLAK, PENDIDIKAN DAN BAHASA MENJADI ELEMEN UTAMA
CISCO WEBEX, 30 Ogos - 'Kita, generasi kini, dicabar oleh penggunaan dan kecanggihan teknologi. Ia boleh mempengaruhi pemikiran dan jiwa mereka." Itu antara apa yang dilontarkan oleh Hairul Asraf Abas, Timbalan YDP (menjalankan fungsi YDP) MPP UMT ketika sesi beliau menerusi program Sembang Santai Mederka anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang bersiaran selama hampir 3 jam malam tadi.
Hairul Asraf, pemegang Emas ARPRM dari #TeamG2 yang juga merupakan mantan Felo Perdana 2020 kepada Menteri Kanan Pertahanan (kini Perdana Menteri) telah bersama 5 orang jemputran lain di dalam program berkenaan.
"Justeru kita memerlukan pembentukan jiwa dan minda untuk remaja bagi mendisiplinkan diri dan mewujudkan semangat patriotisme. Agama, akhlak, pendidikan dan bahasa adalah elemen yang penting," tambah beliau lagi mengulas soalan yang dikemukakan oleh moderator. Program berkenaan disiarkan menerusi rangkaian media sosial UMT dan ia diadakan bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 64. Diterbitkan oleh : Persatuan Belia G2 Felda Pemanis
Facebook Rasmi : https://www.facebook.com/beliag2pemanis
Blog Rasmi : http://beliag2pemanis.blogspot.com/
Twitter Rasmi : https://twitter.com/beliag2pemanis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)