Majlis Ringkas Penyampaian Sijil Webinar ARPRM Peringkat Kebangsaan Siri 4 anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Belia G2 Felda Pemanis yang telah diadakan secara online pada 20 Ogos 2021 yang lalu.
Ia telah disampaikan oleh YB Dr Chong Fat Full, ADUN Pemanis yang juga merupakan Pengerusi JK Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Negeri Johor di Dataran Dewan Semai Bakti, Felda Pemanis Dua.
Sebahagian dari 30 orang peserta G2 meliputi keseluruhan kira - kira 250 peserta yang mengikuti program dari seluruh negeri di Malaysia telah menerima sijil. YB juga menyampaikan sedikit cenderamata kepada semua peserta.
Tahniah kepada semua peserta webinar dan terima kasih YB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)