#VaksinDalamBas - FELDA PEMANIS DUA, 28 Ogos - Seramai sembilan orang dari Pasukan Sukarelawan #TeamG2, di mana 5 orang dari projek MyVAC telah membantu perjalanan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Dewan Semai Bakti, Felda Pemanis Dua hari ini.
MOVAK merupakan satu inisiatif untuk menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
YB ADUN Pemanis, Dr Chong Fat Full yang juga Pengerusi JK Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri da Hal Ehwal Pengguna telah hadir awal pagi dan menyampaikan sumbangan buat semua petugas, sukarelawan dan penerima vaksin. Turut hadir berikutnya dan memberikan sumbangan juga adalah Tuan Haji Anuar Abdul Manap, Pengerusi Yayasan Muafakat.
Untuk dos pertama dari jenama Pfizer hari ini, lebih 300 penerima vaksin dari sekitar Felda Pemanis Satu, Felda Pemanis Dua, Felda Palong Timur, Felda Selancar, Kg Bangas, Kg Sekijang dan penempatan sekitar telah mendapat manfaat.
MOVAK digerakkan oleh sukarelawan dari Kawasan Rukun Tetangga dan dibantu oleh sukarelawan MyVAC dan Southern Volunteers. Di samping itu, pelbagai agensi dan jabatan Kerajaan juga turut sama membantu selain Kementerian Kesihatan Malaysia yang menjadi tulang belakang dalam proses pemberian suntikan vaksin COVID - 19 ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)