Selasa, 30 Julai 2024

[1,566] Komuniti Night Run @ Fit Komuniti Segamat

 KOMUNITI NIGHT RUN @ FIT MALAYSIA SEGAMAT 

DATARAN SEGAMAT, 30 Julai - Seramai kira - kira 200 orang telah menyertai Social Night Run @ Fit Malaysia Segamat yang berlangsung malam ini bermula di Dataran Segamat dan mengambil laluan sekitar bandar Segamat.

7 orang dari #TeamG2 telah turut serta turut serta dalam larian sejauh 3km.

Ia anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dengan kerjasama Hyper Fitnes Sports Club bergandingan bersama Segamat Runners Club.

#TeamG2 #BungaBangsa #FitMalaysia

















Ahad, 28 Julai 2024

[1,565] Kem Akademik PEMASA : Perbincangan Awal

 Sesi Perbincangan Pelaksanaan Kem Akademik - SK LKTP Pemanis 1. 

Perbincangan awal telah diadakan pagi tadi bersama GPK 1 dan GPK Kokurikulum PEMASA. Ia bakal dilaksanakan seperti tahun lepas bertujuan untuk intervensi dan pengukuhan akademik di kalangan murid - murid PEMASA.

#BungaBangsa #TeamG2 #SukarelawanPendidikan





Jumaat, 26 Julai 2024

[1,564] Khidmat Pagi Jumaat - Siri 3

 KHIDMAT PAGI JUMAAT - SIRI 3

FELDA PEMANIS, 26 Julai - Siri 3 dalam Program Khidmat Pagi Jumaat diteruskan dengan kerja - kerja kesukarelaan pembersihan kawasan awam. Ia digerakkan oleh para peserta ARPRM dari Batch 09.

Kali ini program mengambil tempat di sekitar taman permainan.

Terima kasih semua sukarelawan ARPRM yang berkesempatan berkhidmat.

#BungaBangsa #Sukarelawan #ARPRM






















Rabu, 24 Julai 2024

[1,563] Mesyuarat Penyelarasan Program JIHAD Mukim Jabi 2024

 MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM JIHAD MUKIM JABI 2024

SMK LKTP PEMANIS, 24 Julai - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Segamat pagi ini telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program JIHAD (Johor Iltizam Hapus Ancaman Dadah) Mukim Jabi 2024 bertempat di SMK LKTP Pemanis.

Program ini akan diadakan bertempat di SMK LKTP Pemanis pada 27 dan 28 Julai 2024. Pelbagai aktiviti telah diatur melibatkan semua kelompok komuniti FELDA Pemanis 1, FELDA Pemanis 2 dan Mukim Jabi.

Mesyuarat bertujuan untuk menyelaras beberapa perkara berhubung pelaksanaan program yang memerlukan komitmen dan penglibatan komuniti.

Ia telah dipengerusikan oleh Encik Nasrul dari AADK Segamat.












Selasa, 23 Julai 2024

[1,562] Social Night Run @ Fit Malaysia Segamat

 SOCIAL NIGHT RUN @ FIT MALAYSIA SEGAMAT 

DATARAN SEGAMAT, 23 Julai - Seramai kira - kira 200 orang telah menyertai Social Night Run @ Fit Malaysia Segamat yang berlangsung malam ini bermula di Dataran Segamat dan mengambil laluan sekitar bandar Segamat.

12 orang dari #TeamG2 telah turut serta turut serta dalam larian sejauh 3km.

Ia anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dengan kerjasama Hyper Fitnes Sports Club bergandingan bersama Segamat Runners Club.

#TeamG2 #BungaBangsa #FitMalaysia




















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...