Rabu, 3 Julai 2024

[1,549] Summer Camp 10 : Persiapan Program

 SUMMER CAMP 10 : PERSIAPAN PROGRAM

FELDA PEMANIS, 25 June- 3 Julai - Sebahagian dari warna persiapan program untuk Summer Camp 10 - Fresh In The Wild : Part 2. Program akan berlangsung pasa 4 - 7 Julai 2024 di River Side Camp dan Eco Durio Camp, Kg Sekijang.

Ia bagi memenuhi keperluan komponen Jelajah Lasak, Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bagi mereka yang masih belum dapat menyempurnakan komponen tersebut. 

Program dikendalikan oleh peserta ARPRM Tahap Emas, menyasarkan 20 penyertaan namun begitu jumlahnya menjadi 27 orang.

Persiapan bermula dari idea, rundingan, kertas kerja, mesyuarat, promosi penyertaan, menggubal modul juga kelengkapan dan alatan.

Izham Aziz merupakan Kem Komandan manakala Razak Rahim adalah Ketua Fasilitator.

Semoga program berjaya mencapai matlamat dan objektif yang digarikan.

#BungaBangsa #SC10 #SummerCamp #ARPRM









































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...