Rabu, 24 Julai 2024

[1,563] Mesyuarat Penyelarasan Program JIHAD Mukim Jabi 2024

 MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM JIHAD MUKIM JABI 2024

SMK LKTP PEMANIS, 24 Julai - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Segamat pagi ini telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program JIHAD (Johor Iltizam Hapus Ancaman Dadah) Mukim Jabi 2024 bertempat di SMK LKTP Pemanis.

Program ini akan diadakan bertempat di SMK LKTP Pemanis pada 27 dan 28 Julai 2024. Pelbagai aktiviti telah diatur melibatkan semua kelompok komuniti FELDA Pemanis 1, FELDA Pemanis 2 dan Mukim Jabi.

Mesyuarat bertujuan untuk menyelaras beberapa perkara berhubung pelaksanaan program yang memerlukan komitmen dan penglibatan komuniti.

Ia telah dipengerusikan oleh Encik Nasrul dari AADK Segamat.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...