Sabtu, 6 Julai 2024

[1,553] Trash N Track - Siri 1 Bersama MRA Johor dan Southern Volunteers

 TRASH N TRACK BERSAMA MRA JOHOR DAN SOUTHERN VOLUNTEERS SEGAMAT

JERAM TINGGI, 6 Julai 2024 - Seramai 25 orang sukarelawan Southern Volunteers #TeamG2 telah terlibat untuk Program Trash N Track yang dianjurkan oleh Malaysian Relief Agency Johor - MRA JOHOR dengan kerjasama Southern Volunteers Segamat.

Program ini merupakan satu bentuk program khidmat masyarakat dan memberi kesedaran kepada peserta dan pengunjung yang hadir bagi menjaga kebersihan alam semula jadi ini. 

Ia diadakan di Jeram Tinggi, Jementah, Segamat yang merupakan lokasi menarik dan menjadi salah satu tarikan orang ramai bagi membuat aktiviti riadah.

Terima Kasih kepada semua sukarelawan yang telibat atas kerjasama yang diberikan. Semoga semua diberikan kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat.

#SouthernVolunteers #OrangMudaJohor #OMJ #BungaBangsa #TeamG2


















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...