Khamis, 11 Julai 2024

[1,158] Kem Cakna Akademik : Perbincangan Program

 SEGAMAT BARU, 11 Julai - Satu sesi perbincangan ringkas telah diadakan bersama Guru Besar dan Pentadbir SK Segamat Baru bagi pelaksanaan Program Cakna Akademik sekolah tersebut, semalam.

Ia dihadiri oleh Penyelaras Sukarelawan Pendidikan, Encik Zam dan dua orang Ketua Tutor Program iaitu Razak dan Izham.

Perbincangan berkisar kaedah terbaik yang akan diambil untuk melaksanakan program. Ia menyasarkan semua murid Tahun 5 dan Tahun6 sekolah tersebut. 

Terima kasih Cikgu Fairusasikin Fatholmuner, Guru Besar dan Cikgu Mohd Yusri Yaakub, GPK 1. Terima kasih juga buat Cikgu Abdul Latif Abd Hamid dan guru - guru semua.

Semoga kita dapat menjayakan progam, mecapai semua matlamat dan objektif yang dirangka.

#SukarelawanPendidikan #BungaBangsa #TeamG2












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...