Jumaat, 2 Ogos 2024

[1,567] Kursus Pemimpin ARPRM Zon Utara 2024

 KURSUS PEMIMPIN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PERINGKAT ZON UTARA 2024

ALOR SETAR, 29 - 31 Julai - Selama 3 hari 2 malam telah diadakan Kursus Pemimpin Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bagi melahirkan Pemimpin Anugerah (Mentor, Jurulatih dan Penilai) program berkenaan untuk Zon Utara (Kedah, Pulau Pinang dan Perlis) bertempat di Hotel Seri Malaysia.

Ia telah dikendalikan oleh Encik Armizam Abd Rahim, Ahli Jawatankuasa Operasi dan Teknikal (JKOT) ARPRM Kebangsaan juga selaku Ketua Mentor Program ARPRM #TeamG2. Beliau dibantu oleh Razak, calon Emas ARPRM 2024 yang juga telah berkongsi pengalaman sepanjang melaksanakan ARPRM.



Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh Puan Salwa binti Senawi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBS Kedah.

52 orang peserta terdiri dari para pegawai Kementerian Belia dan Sukan Zon Utara, guru - guru sekolah, pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pemimpin mahasiswa telah menyertai kursus. Enam modul telah disampaikan dan semua peserta telah lulus penilaian yang dijalankan.

#TeamG2 #BungaBangsa #ARPRM

































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...