Sabtu, 17 Ogos 2024

[1,579] Siri 1 - Mobilisasi Satria Daerah Segamat : Menyantuni Kanak - Kanak dan OKU

 MOBILISASI SATRIA DAERAH SEGAMAT - MENYANTUNI KANAK - KANAK DAN OKU

BUKIT SIPUT, 17 Ogos: Seramai 22 orang sukarelawan dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis hari ini bersama di dalam program kesukarelaan Mobilisasi Satria Daerah Segamat : Menyantuni Kanak - Kanak dan OKU yang diadakan di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sinar Munawarah, Bukit Siput.

Mereka adalah Sukarelawan Satria yang terlibat menerusi program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).

Turut terlibat adalah sukarelawan dari Segamat Buddhist Society, Kolej Komuniti Segamat, Kolej Komuniti Segamat 2 dan lain - lain lagi.



Sukarelawan dibahagikan kepada dua kumpulan untuk melaksanakan aktiviti di dalam dan luar bangunan.

Mereka bergotong - royong membersihkan kawasan sekitaran, menebang pokok, menanam pokok kelapa, menanam pokok serai, memotong rumput dan melukia mural.

Juga diadakan aktiviti untuk kanak - kanak dan OKU seperti sukaneka, pertandingan mewarna dan pertandingan pakaian beragam.

Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat telah mengiringi Puan Afizah Ali, Penyelaras PPDK Daerah Segamat untuk menyampaikan hadiah dan cenderahati. Ouan Afizah juga telah merasmikan majlis penutup program ini.

Tahniah kepada semua Sukarelawan Satria dan semua yang bersama dalam menjayakan program.

#TeamG2 #Satria #ARPRM #BungaBangsa




















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...