Rabu, 28 Ogos 2024

[1,590] Membina Generasi Pasca Merdeka

 PROGRAM MEMBINA GENERASI PASCA MERDEKA

BANDAR PUTRA, 28 Ogos - Southern Volunteers Daerah Segamat dan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah menjayakan Program Membina Generasi Pasca Merdeka pagi ini bertempat di SMK Bandar Putra, Segamat.

Seramai 70 orang pelajar terpilih Tingkatan 3, 4 dan 5 menyertainya. Ia dijayakan oleh 12 orang sukarelawan fasilitator Southern Volunteers.

Program sempena bulan kemerdekaan ini dianjurkan dengan lima objektif berikut :

1. Melaksanakan sesi perkongsian pengalaman dari beberapa ikon Orang Muda Johor dalam bidang Pendidikan dan Kemahiran untuk dijadikan contoh.

2. Membuka ruang kepada anak – anak muda Johor bagi menyuarakan cabaran dan pandangan mereka dalam melalui proses membina masa hadapan.

3. Melaksanakan bengkel dalam kumpulan kecil yang berfokus untuk mendengar dan memberikan padangan terhadap isu – isu generasi muda.

4. Memberikan beberapa contoh bagaimana membina masa hadapan sama ada menerusi laluan akademik mahupun kemahiran.

5. Menggariskan beberapa laluan yang boleh diambil oleh generasi muda dalam memastikan mereka mempunyai masa hadapan.



Turut bersama adalah Encik Khairul Najid, Setiausaha Southern Volunteers Daerah Segamat.

Terima kasih Pengetua, Cikgu Normah Taib, guru kaunseling Cikgu Rushana, guru - guru dan para pelajar SMK Bandar Putra yang sudi berkerjasama dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga semua sukarelawan yang telah meluangkan masa berkhidmat.

#SouthernVolunteers #TeamG2 #BungaBangsa #SukarelawanPendidikan


















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...