Jumaat, 30 Ogos 2024

[1,591] Raptai Hari Kebangsaan ke - 67 Peringkat Negeri Johor

 RAPTAI HARI KEBANGSAAN KE - 67 PERINGKAT NEGERI JOHOR 

SEGAMAT, 30 Ogos - Awal pagi ini selepas Subuh telah berlangsung raptai penuh Hari Kebangsaan ke - 67 Peringkat Negeri Johor di Dataran Segamat.

Lebih 130 kontijen manusia dan aset telah menyertai raptai ini, termasuk Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang sebahagiannya diwakili oleh peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan Persatuan Buddhist Segamat.

Raptai telah berakhir jam 11.00 pagi.

Sambutan Hari Kebangsaan ke - 67 akan berlangsung esok dengan Segamat menjadi tuan rumah bagi negeri Johor.

#JiwaMerdeka #HariKebangsaan #BungaBangsa #TeamG2






















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...