Khamis, 9 Ogos 2018

[326] Projek Sukarelawan Pendidikan UPSR 2018 - Minggu Pertama

AHAD, 5 OGOS 2018 - Hari 1 dari 16 : #TeamTutor G2 buat tahun ke - 4 memulakan pelaksanaan Projek Sukarelawan Pendidikan - Tutor #UPSR2018di SK LKTP Pemanis 1 (PEMASA) hari ini. Seramai 7 orang tutor berkhidmat untuk subjek Sains manakala 10 orang pula untuk subjek Matematik. Setiap subjek mengambil masa dua jam dengan pendekatan kelompok kecil atau individu.
Hari ini juga menerima kehadiran Tuan Johari Marsan dari PPD Segamat yang memantau pelaksanaan program. Terima kasih diucapkan kepada Puan Rabiah Ahmad, Guru Besar PEMASA.
Dua tahun pertama projek adalah secara hujung minggu manakala ini tahun kedua diadakan secara intensif setiap hari Ahad hingga Rabu. Keseluruhan projek melibatkan hampir 25 orang graduan, mahasiswa dan pelajar menengah atas anak - anak Felda Pemanis yang turun membantu mengikut giliran di sekolah ini. Mereka yang ingin menyumbang bakti bersama, boleh menghubungi mana - mana sukarelawan tutor yang terlibat. Terima kasih kepada semua sukarelawan tutor.



















ISNIN, 6 OGOS 2018 : Hari ke - 2 dari 16 hari Projek Sukarelawan Pendidikan oleh #TeamTutor G2 untuk #UPSR2018 di SK LKTP Pemanis 1 (PEMASA). Hari ini elemen bahasa : Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan dua jam 'coaching' setiap satu subjek.
Lima orang tutor anak - anak Felda Pemanis terlibat hari ini iaitu Muhammad AzhariArif ArifianErnee Natasya Mohd SuleimanAinaa Nazurah Mohd Suleiman dan Zahira Zakaria. Terima kasih diucapkan kepada semua tutor sukarelawan.
Jumpa lagi esok untuk hari ke - 3 dalam misi cemerlang UPSR 2018.





SELASA, 7 OGOS 2018 : Hari ke 3 Projek Tutor #UPSR2018 SK Pemanis 1 (PEMASA) oleh #TeamTutor G2 hari ini untuk subjek Matematik. Seramai 8 orang sukarelawan tutor anak - anak Felda Pemanis terlibat hari ini iaitu : Nur Ashraff (UMT), Arif Arifian (UiTM), Norshahira Isa (UIA), Nursyafika Mohd Isa(UUM), Siti Hajar Yahya (UTHM), As Syikin Cyikin (UiTM), Nurul Atiqah Atan(UiTM) dan Adilah Sahari (UKM).
Jika ingin turut serta sebagai tutor sukarelawan sepanjang bulan Ogos ini,boleh hubungi mana - mana tutor yang terlibat.
Terima kasih semua. Jumpa lagi esok untuk hari ke - 4.












RABU, 8 OGOS 2018 : - Pagi dan Malam - Hari ke 4 dalam Projek Sukarelawan Pendidikan untuk #UPSR2018 di SK LKTP Pemanis 1 (PEMASA) oleh #TeamTutor G2. Hari ini, sesi diadakan pada sebelah pagi dan bersambung pada sebelah malam. Terima kasih kepada semua sukarelawan tutor yang terlibat sepanjang hari ini.
Sesi untuk minggu ini melabukan tirai. Jumpa lagi dalam hari ke - 5 pada minggu kedua yang akan bermula Ahad hadapan.





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...