Projek Sukarelawan Pendidikan untuk UPSR 2018 di SK Pemanis 1 (PEMASA) oleh #TeamTutor Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah selesai untuk minggu kedua. Pada minggu tersebut, sebanyak dua hari telah disempurnakan.
Keseluruhan projek melibatkan hampir 25 orang graduan, mahasiswa dan pelajar menengah atas anak - anak Felda Pemanis yang turun membantu mengikut giliran di sekolah ini. Mereka yang ingin menyumbang bakti bersama, boleh menghubungi mana - mana sukarelawan tutor yang terlibat. Terima kasih kepada semua sukarelawan tutor.
AHAD, 12 OGOS 2018 - Hari ke 5
Projek Sukarelawan Pendidikan UPSR 2018 di SK Pemanis 1 (PEMASA) memasuki minggu kedua. Hari ke 5 hari ini sesi untuk dua subjek : Sains dan Matematik.
Sesi berikutnya untuk minggu ini akan diadakan pada sebelah malam. Terima kasih semua tutor yang terlibat.
Sesi berikutnya untuk minggu ini akan diadakan pada sebelah malam. Terima kasih semua tutor yang terlibat.
SELASA, 14 OGOS 2018 - Hari ke 6
Projek Sukarelawan Pendidikan di SK Pemanis 1 (PEMASA) untuk UPSR 2018. Sesi diadakan pada sebelah malam untuk subjek Matematik dari jam 08.00 - 09.30 malam.
Seramai 12 orang sukarelawan tutor menyumbang tenaga malam ini. Buat pertama kali, #TeamTutor menerima 3 orang sukarelawan baharu terdiri dari adik - adik Tingkatan 3 yang bersama iaitu Irdina (dari projek yang sama ketika 2015, tahun pertama dilaksanakan), Zulfhmi dan Ezrafiq Amirul. Mereka dibimbing menjadi tutor oleh senior mahasiswa universiti untuk membantu adik - adik UPSR.

Terima kasih kepada semua yang berkhidmat untuk minggu kedua ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)