AHAD, 26 OGOS 2018 - Program Everything's Gonna Be Okay! (EGO) Part 2 mengambil tempat petang tadi. Ia adalah sambungan kepada Part 1 yang telah berlangsung pada Khamis, 16 Ogos lepas.
Menerusi Part 2, ia diadakan secara perkongsian pengalaman. 3 orang telah bersama untuk berkongsi pengalaman : Norshahira Isa, Mahasiswa Sains Matematik UIAM menerusi laluan akademik, Mohd Firuddin Rahmat , alumni ILKBS IKTBN Alor Gajah dan Kinarut dan Are Lias alumni IKTBN Temerloh (Penerima Anugerah Projek Tahun Akhir Terbaik) menerusi laluan TVET.
Juga diadakan sesi forum ringkas yang menampilkan Norshahidah Isa, alumni Kerja Sosial UKM dan Nur Izzati Sol, alumni Institut Profesional Baitulmal - Program Kerjasama UiTM.
EGO, menerusi Part 1 dan 2, adalah satu program khusus yang dirangka untuk semua calon SPM SMK Pemanis. Ia diselaraskan oleh AnNa SuRya Lulu.
PEMBUKAAN PROGRAM
DAN PERKONGSIAN AKADEMIK - NORSHAHIRA ISA
PERKONGSIAN TVET - MOHD FIRUDDIN RAHMAT
PERKONGSIAN TVET - MOHD ALIAS PAIMIN
FORUM - NORSHAHIDAH ISA DAN NUR IZZATI SOL
RUMUSAN DAN PENUTUP
Terima kasih kepada semua yang telah bersama di dalam kedua - dua bahagian program.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)