KHAMIS, 16 OGOS 2018 - Satu program khas untuk seramai 44 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 SMK LKTP Pemanis telah dirangka sebagai sebahagian persediaan untuk mereka menghadapinya. Terdiri dari 2 siri, program ini dinamakan sebagai EGO - Everything's Gonna Be Okay!
Program adalah anjuran bersama SMK LKTP Pemanis dan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.
EGO Part 1 telah diadakan hari ini melibatkan seramai 15 orang mahasiswa pelbagai bidang universiti tempatan dari kalangan anak - anak Felda Pemanis sendiri. Program berlansung selama 3 jam dengan sambungan Part II akan menyusul pada tarikh yang telah ditetapkan.
Semoga sedikit usaha akan menjadi sebahagian dari hasil yang diharapkan.
SPIDER WEB
WHO AM I
GARISAN KEHIDUPAN
Terima kasih kepada semua fasilitator yang telah berkhidmat. Tahniah kepada semua pelajar yang dapat bersama - sama membina diri dalam program ini. Berjumpa lagi dalam Part II pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)