Selasa, 21 Ogos 2018

[330] Projek Sukarelawan Pendidikan UPSR 2018 - Minggu Ketiga

Pojek Sukarelawan Pendidikan untuk UPSR 2018 di SK Pemanis 1 (PEMASA) oleh #TeamTutor Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah selesai untuk minggu ketiga. Pada minggu tersebut, sebanyak empat hari telah disempurnakan, satu subjek untuk setiap hari bersempena cuti persekolahan. 

Keseluruhan projek melibatkan hampir 25 orang graduan, mahasiswa dan pelajar menengah atas anak - anak Felda Pemanis yang turun membantu mengikut giliran di sekolah ini. Mereka yang ingin menyumbang bakti bersama, boleh menghubungi mana - mana sukarelawan tutor yang terlibat. Terima kasih kepada semua sukarelawan tutor.



JUMAAT, 18 OGOS 2018
BAHASA MELAYU


Projek Sukarelawan Pendidikan UPSR 2018 diteruskan dalam musim cuti sekolah. Hari ini memasuki minggu ke 3 dengan subjek Bahasa Melayu dari jam 08.00 pagi - 12:30 tengah hari.
Seramai 12 orang tutor berkhidmat. 6 orang tutor bersama 6 orang lagi tutor junior dari kalangan pelajar Tingkatan 4 yang buat kali pertama bersama. Barisan tutor hari ini adalah : S Shazwani ZainiIzzati SolAnNa SuRya LuluAdilah SahariHairul Asraf dan Mohd Hazizi Jemiran. Manakala tutor junior dari kalangan pelajar Tingkatan 4 adalah : Affif Haziq, Aliah Wahab, Suliyza RosliSiti Nurlaila Laila, Nora Musa dan Syazana.
#TeamTutor mengucapkan selamat menyertai projek kesularelaan pendidikan kepada semua tutor junior yang dilatih untuk meneruskan kesinambungan. Terima kasih juga kepada semua yang berkhidmat hari ini.




















SABTU, 19 OGOS 2018
SAINS



Hari ke 8 dalam siri Projek Sukarelawan Pendidikan untuk UPSR 2018 di SK Pemanis 1 (PEMASA). Hari ini selama 4 jam dari jam 08.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dengan rehat selama setengah jam untuk subjek Sains.
Tutor senior berganding bersama tutor junior pelapis untuk membimbing adik - adik UPSR 2018 di dalam kumpulan kecil dengan kaedah 1-1 dan 1-2.
Terima kasih semua yang bersama hari ini. Jumpa lagi esok untuk hari ke 9 dengan subjek Bahasa Inggeris pula.























AHAD, 20 OGOS 2018
BAHASA INGGERIS



Hari ke 9 dalam intensif UPSR 2018 Projek Sukarelawan Pendidikan di SK Pemanis 1 dari jam 08.00 pagi hingga 03.30 petang. Sepanjang hari untuk subjek Bahasa Inggeris sahaja.
Seramai 9 orang sukarelawan tutor terlibat iaitu : Arif ArifianErnee Natasya Mohd SuleimanAinaa Nazurah Mohd SuleimanAffif Haziq, Najwa Balqis, Irdina, Aida, Ezrafiq Amirul Hairul Maizar dan Khairul Izuan (pelajar terbaik SKPD 2015 dari MRSM Mersing).
Sepanjang sehari, tutor dan pelajar telah berkampung di sekolah, belajar bersama, makan bersama dan solat berjemaah bersama. Terima kasih di atas kerjasama semua.

 
 
 
 

 
 
 

 

 
 
 





ISNIN, 21 OGOS 2018
MATEMATIK



Hari ini hari ke 10. Intensif sempena cuti sekolah persediaan UPSR 2018 diteruskan lagi oleh #TeamTutor dengan subjek Matematik hari ini dari jam 08.00 pagi - 12.30 tengah hari. Seramai 19 orang tutor mengambil bahagian berkhidmat.
Pendekatan satu tutor - satu pelajar (1-1) dilaksanakan hari ini menjadikan bimbingan lebih efektif.
Terima kasih semua yang bersama untuk hari ini. Jumpa lagi pada Ahad depan untuk hari ke 11. Selamat bercuti dan selamat Hari Raya Aidil Adha.



























Terima kasih kepada semua sukarelawan. Tahniah buat anak - anak UPSR. Jumpa lagi dalam minggu terakhir nanti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...