Ahad, 31 Mei 2020

[492] Kerana #KitaHamba - oleh Hairul Asraf Abas


Kerana #KitaHamba
oleh Hairul Asraf Abas
Sukarelawan Lentera Kasih 8.0

Assalammualaikum w.b.t, Alhamdulillah setelah sebulan kita menghadapi bulan Ramadan yang penuh dengan pelbagai cabaran, dugaan dan rintangan akhirnya kita dapat merasai syawal yang penuh kesederhanaan. Ramadan kali ini telah membawa kita kepada satu norma baharu yang mana kita menyambutnya dengan penuh kesabaran dan kesederhanaan tidak kira tingginya pangkat atau darjat, miskin mahupun kaya. Pelbagai coretan-coretan yang terjadi sepanjang dalam bulan Ramadan ini. Ramadan kali ini sangat memberi kesan yang penuh menginsafi diri saya sebagai hamba dimuka bumi. Kita bukan sahaja menghadapi bencana penularan wabak Covid-19, malah kita menghadapi kesukaran dalam pelbagai aktiviti seharian kita.

Bagi saya sebagai seorang mahasiswa, saya bukan sahaja melihat kesan wabak ini kepada kesihatan manusia secara kasar, saya juga melihat kesan penularan wabak ini telah memberi kesukaran kepada masyarakat dalam menyara kehidupan terutama mereka yang tinggal di kawasan-kawasan pedalaman. Di antara mereka ada yang menyara kehidupan dengan hasil jualan dipinggir - pinggir jalanan yang mana mereka bergantung terus kepada orang awam membeli jualan-jualan mereka.














Dari situ, saya telah melibatkan diri saya dalam sukarelawan kebajikan melalui Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Melalui persatuan, saya memanfaatkan masa dan tenaga saya dalam Projek Lentera Kasih 8.0 yang mana projek ini kita membantu golongan-golongan asnaf dan juga mereka yang terkesan daripada penularan Covid-19. Dalam projek ini saya bersama rakan-rakan saya yang terlibat untuk sukarelawan  ini telah pergi menjejaki kluster - kluster yang terkesan akibat Covid-19. Seramai 172 buah keluarga yang terdiri daripada 34 buah kampung-kumpung dan diseluruh daerah telah kami temui.

Kami membantu mereka dalam memberikan sumbangan dalam bentuk keperluan harian hasil daripada sumbangan derma dan sedekah daripada orang ramai. Sepanjang Projek Lentera kasih ini dijalankan dalam bulan Ramadan, perkara yang paling terkesan adalah kemampuan sesebuah keluarga yang selama ini hidup bergantung kepada aktiviti harian mereka tergendala akibat Perintah Kawalan Pergerakan. Beberapa kluster yang menghadapi kesukaran dalam menyara hidup keluarga mereka sendiri.

Tersentak dalam diri saya melihat kehidupan yang penuh daif dalam kalangan mereka yang tinggal di pedalaman yang jauh dari kebanyakan orang bandar. Betapa sedih saya melihat kemiskinan yang berlaku di depan mata saya sendiri. Pelbagai ragam yang saya lihat daripada penerima-penerima sumbangan yang kami edarkan. Ada di antara penerima yang menitiskan air mata mereka apabila saya bersama rakan saya Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menjejaki mereka.



Saya juga tidak terlepas dengan kesedihan yang mereka mereka tunjukkan kepada kami. Tetapi, kesedihan saya, saya simpannya dalam hati dan saya ceritakan dalam ini. Bukan itu sahaja, perkara yang paling memilukan saya sepanjang menjalankan amanah dari penyumbang-penyumbang sedekah ini adalah ada di antara penerima-penerima ini tinggal sendirian dengan tiada kemudahan asas. Hanya hidup bercahaya lilin di kala malam menjelma, berair sungai untuk membersihkan diri. Saya terfikir bagaimana mereka ini hidup jauh daripada arus pemodenan zaman, sedangkan di luar sana sudah bercahaya di bawah mentol. Paling miskin di luar bandar pun masih ada keperluan asas seperti bekalan air bersih.

Tersentak daripada itu, saya sedar yang mana kita sebagai hamba Allah ini sentiasa berasa syukur dengan apa sahaja yang kita miliki. Melihat kesukaran yang kita hadapi, ingatlah bahawa ada lagi orang yang lebih susah. Jangan mudah mengeluh dengan kesukaran yang kita hadapi. Apa yang saya dapat sepanjang Projek Lentera Kasih 8.0 edisi khas puasa ini berlangsung adalah semakin banyak kita bantu orang lain, semakin luas rezeki kita dapat.
Projek Lentera Kasih 8.0 edisi bulan Ramadan kali ini telah mengajar saya erti kehidupan yang sebenar. Tidak akan wujud keperitan hidup jika kita tidak menghayati erti kehidupan yang sebenarnya. Melalui jaringan hubungan sosial ini ia telah membuka mata saya untuk melihat kehidupan orang lain. 

Sampai di sini sahaja pengalaman dan bingkisan-bingkisan saya sepanjang Projek Lentera Kasih 8.0.



Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Armizam Abd Rahim dan juga Persatuan Belia G2 Felda Pemanis kerana memberi peluang kepada saya untuk melibatkan diri dalam menjadi sukarelawan Projek Lentera Kasih 8.0. Sebagai mahasiswa, saya berharap pengalaman yang saya miliki ini dapat dijadikan contoh kepada mahasiswa diluar sana yang perlu bergiat aktif dalam kesukarelawan. Dalam tempoh bergelar mahasiswa, pengalaman ini merupakan platform yang terbaik untuk mahasiswa membentuk diri dan pemikiran yang berkualiti.  Pengalaman yang saya miliki ini akan saya kongsikan kepada rakan-rakan saya dan juga kepada adik - adik saya. Saya akhiri kata-kata saya dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.      

“Sedekah itu tidak Memiskinkan, tidak Bermasa & tidak Bersyarat”
malah
“Sedekah Menghubungkan Kita dengan Tuhan”

[491] Seminar Atas Talian - G2, ASEAN Youth Organization dan Universitas Lampung Indonesia

Sesi IG Live Perkongsian Pengalaman oleh Pebi Pitri Anasari, Emas ARPRM dari G2 tahun 2017 di Tanjung Pinang, Kepulauan Riau bersama Duta ASEAN Youth Organization (AYO) di Universiti Lampung, Indonesia telah berlangsung dari jam 02.30 hingga 04.00 petang tadi.
Projek ala Seminar Atas Talian ini telah berlangsung dengan jayanya dan peserta bakal mendapat 2 sijil iaitu dari ASEAN Youth Organization dan Universitas Lampung, Indonesia.













Tahniah kepada Pebi, penganjur dan semua peserta seminar yang terlibat.

[490] Mobilisasi Kit Cegah Covid - 19 : Borak Kopitiam TV3

SABTU, 30 Mei 2020 : Pagi ini beberapa keping gambar aktivis sukarelawan G2 dipaparkan menerusi rancangan Borak Kopitiam TV3. Terima kasih rakan seperjuangan Persatuan Belia Dinamik Barat, Seremban atas inisiatif ini.









Slot pagi ini bercerita mengenai Mobilisasi Kit Cegah Covid-19 di 5 buah negeri termasuk Johor yang digerakkan oleh G2.

Terima kasih juga untuk TV3.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...