Selasa, 5 Mei 2020 - Majlis Penyerahan Kit Cegah Covid-19 Peringkat Negeri Johor kepada Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah diadakan pada Selasa 5 Mei 2020 jam 03.30 petang di Pusat Khidmat Rakyat ADUN Pemanis.
Ia telah disempurnakan oleh YB Dr. Chong Fat Full, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Negeri Johor merangkap ADUN Pemanis.
Inisiatif ini dibawakan oleh Persatuan Belia Dinamik Barat dan Global Solution Resources Sdn Bhd dengan kerjasama Relawan Majlis Belia Malaysia, Pusat Belia Antarabangsa dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Turut menerima adalah Majlis Belia Negeri Johor dan wakil pendidikan.
Hadir sama adalah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat, Majlis Belia Negeri Johor dan Majlis Belia Daerah Segamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)