Lentera Kasih 8.0 - Fasa 3 Hari ke 16 | Ahad, 24 Ramadan 1441H bersamaan 17 Mei 2020
Penyampaian sumbangan YB Exco Dr. Chong Fat Full kepada sukarelawan yang menggerakkan Projek Lentera Kasih 8.0 sepanjang bulan Ramadan di dalam Daerah Segamat.
YB merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Negeri Johor.
Projek Lentera Kasih 8.0 yang telah dilaksanakan selama 15 hari meliputi lebih 25 kawasan di dalam Daerah Segamat masih berbaki sehari dua lagi sebelum melabuhkan tirainya.
Hari ini seramai 15 orang sukarelawan telah diberikan penghargaan. Ini menjadikan keseluruhan seramai 142 orang / keluarga telah disantuni sepanjang pelaksanaan Lentera Kasih 8.0
Terima kasih YB atas ingatan terhadap barisan sukarelawan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)