Jumaat, 15 Mei 2020, 3.00 petang : Projek Lentera Kasih 8.0 oleh G2 telah dapat bersama berkongsi pengalaman menerusi siaran langsung (live streaming) Majlis Belia Daerah Segamat. Penyelaras Projek, Encik Zam telah ditemubual oleh DJ Live Streaming MBNJ bertempat di Segamat, Johor.
Perkongsian ini adalah sempena Hari Belia Negara 2020 dan pelaksaan Projek Lentera Kasih 8.0 Perdana 35 Keluarga secara bersama oleh Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, Majlis Belia Daerah Segamat dan Majlis Belia Negeri Johor.
Turut bersama adalah sebahagian team Lentera Kasih 8.0, Presiden MBNJ, Presiden MBDS, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat dan kepimpinan MBNJ / MBDS.
Selesai sesi perkongsian di ruang maya, team Lentera Kasih 8.0 G2. MBNJ dan MBDS turun ke lapangan untuk kunjung ziarah Ramadan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)