Rabu, 27 Mei 2020

[483] Tiga Calon G2 Selesai Temuduga Felo Perdana dan Felo Korporat


Tiga orang calon dari G2 telah selesai menjalani temuduga menerusi dalam talian dalam saringan Felo Perdana dan Felo Korporat kohort 2020.

Mereka adalah Mustakim Abdul Kahar (Felo Korporat), Fatimah Alfandi (Felo Perdana) dan Hairul Asraf Abas (Felo Perdana).

Mustakim, mahasiswa Sarjana Muda Pengurusan Maritin menjalani temuduga pada 14 Mei lepas di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat manakala pasangan Asraf dan Fatimah, kedua - duanya mahasiswa Pengajian Polisi pula pada 18 Mei. Asraf di PBSD Segamat manakala Fatimah di Kuala Berang, Hulu Terengganu. 




Panel Penemuduga terdiri dari Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan Pegawai Belia dan Sukan di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. 

Sesi temuduga atas talian telah memanfaatkan penggunaan platform Google Hangouts. Turut memantau proses temuduga adalah Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat.

Mustakim









Asraf










Fatimah



Persediaan Temuduga



 




Program Felo Perdana dan Felo Korporat adalah program kepimpinan berprestij tinggi Kerajaan Malaysia untuk belia yang menempatkan mereka di Pejabat Menteri dan Pejabat CEO Syarikat Berkaitan Kerajaan. Untuk rekod, G2 tahun lepas pernah mendapat tempat untuk Felo Korporat menerusi Suria di syarikat milik Kerajaan iaitu Bousted Holdings. 

Moga berjaya #TeamG2 di dalam persaingan hebat tahun ini 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...