Selasa, 28 Julai 2020 : Sesi perbincangan
pelaksanaan program bersama Pengetua SMK LKTP Pemanis (Puan Hajah Azura) dan
GPK 1 (Puan Hajah Afizah).
Mohd Faiz Ahmad selaku Ketua Projek telah
memperhalusi beberapa perkara bersama 2 orang pentadbir sekolah ini. Beberapa
pandangan penambahbaikkan pelaksanaan program telah diambil kira.
Secara dasarnya, semuanya akan bermula
pertengahan bulan hadapan untuk selama 3 bulan.
Sesi perbincangan bersemuka selepas ini
adalah bersama Pengetua SMK Palong Timur pula.
Khamis, 30 Julai 2020 : Sesi Perbincangan memperhalusi perlaksanaan
Projek Sukarelawan Pendidikan TAG 4 Future yang akan diadakan di SMK Palong
Timur.
Program dalam kluster pendidikan ini
memfokus persediaan menghadapi SPM selama 3 bulan untuk pelajar dari kalangan
keluarga B40.
Ia dijangkan bermula bulan Ogos ini
melibatkan 60 pelajar tahun peperiksaan tersebut untuk 3 matapelajaran.
Projek ini dibiayai oleh #danaimpactyouth
oleh #ImpactMalaysia yang dilaksanakan oleh Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.
Selain SMK Palong Timur, projek juga dilaksanakan di SMK LKTP Pemanis.
#BungaBangsa
#TAG4Future
#SecuringYouthEducation
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)