Jumaat, 21 Ogos 2020

[523] Kelas Maya Akademi Impact Youth - Day 7

Jumaat, 14 Ogos 2020 - Modul terakhir dalam Akademi Impact Youth yang dijalankan secara virtual menerusi platform Google Meet adalah berkenaan penceritaan, promosi dan hebahan, iaitu T untuk Tell. Ini melangkapkan semua akronim untuk IMPACT. 








Peserta dibimbing untuk bagaimana mereka menceritakan projek sosial yang telah mereka laksanakan sama ada secara grafik, video atau naratif menggunakan segala platform media terutama media sosial yang ada. Ini penting agar lebih ramai orang tahu dan sedar berkenaan projek impak sosial yang sedang atau telah berjalan. 

#TeamG2 untuk #TAG4Future yang menghadiri kelas hari ini adalah Faiz, Mustakim, Irfan dan Syikin. Pada jam 5 petang ini, secara virtual juga, majlis penutup kursus akan diadakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...