Rabu, 5 Ogos 2020

[515] Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Kebangsaan

20 MINIT MENJAWAB SOALAN PANEL, CALON G2 SELESAI PENILAIAN PERINGKAT KEBANGSAAN
4 Ogos 2020 - Dilangsungkan secara virtual dan berhadapan 3 panel, semua calon peringkat kebangsaan bagi Anugerah Perdana Belia Negara (Kategori Individu) hari ini menjalani sesi penilaian.
Ini termasuklah wakil Johor yang telah dipilih dari penilaian peringkat negeri iaitu Mohd Firdaus Haji Zainal Abidin yang melaksanakan sesi ini dari pejabatnya di Bangunan PERKESO, Johor Bahru. Barisan panel pula berada di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.









Giliran Firdaus bermula kira - kira jam 5.35 petang dalam susunan yang telah dibuat oleh sekretariat Kementerian Belia dan Sukan.
Firdaus, aktivis komuniti pemegang ARPRM Emas dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan graduan UMT menjawab semua 3 soalan yang dikemukakan panel menjurus kepada idea dan perancangan.
Sebelum itu, semua calon telah diminta menghantar profil, slaid dan video pembentangan untuk dibuat penialaian oleh panel. Sesi hari ini adalah untuk soal jawab sahaja.
Seorang lagi calon dari Johor adalah Cik Ayu bagi kategori Individu Wanita dari MBFM Kota Tinggi. Manakala kategori Persatuan pula diwakili Persatuan Belia Sekawan, Kg Seri Gunung Pulai, Kulai.
Semoga berjaya kepada Firdaus dan semua anak - anak #BangsaJohor. Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...