Jumaat, 21 Ogos 2020

[527] Persefahaman dan Pelancaran TAG4Future SMK Palong Timur

G2 - SMK PALONG TIMUR METERAI PERSEFAHAMAN PROJEK PENDIDIKAN
BATU ANAM, 19 Ogos - Sejarah tercipta apabila hari ini G2 sebagai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah Menandatangani Persefahaman untuk sebuah program panjang TAG4Future - Projek Sukarelawan Pendidikan untuk pelajar SPM dari kalangan keluarga B40 FELDA bersama SMK Palong Timur.





Pada majlis yang sama juga telah diadakan pelancaran program tersebut oleh Encik Azman bin Hamli, YDP PIBG SMK Palong Timur.
Persefahaman dimeterai antarai Mohd Faiz Ahmad, Pengurus Projek TAG4Future bagi pihak Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan Tuan Haji Muzaffar Shah Ghazali, Pengetua SMK Palong Timur.































TAG4Future menawarkan khidmat kelas bimbingan Sains, Matematik dan Matematik Tambahan secara percuma kepada semua pelajar yang bakal menduduki SPM untuk sekurang - kurangnya 3 bulan. Ia juga disulam dengan khidmat pembinaan karektor dan program kalis masa hadapan yang akan diadakan sebagai tambah nilai sebelum pelajar keluar meninggalkan sekolah.
G2 menawarkan kepakaran yang dimiliki dari kalangan ahlinya yang merupakan graduan dan mahasiswa. Projek ini didanai oleh Impact Malaysia dengan sokongan Pusat Khidmat Rakyat ADUN Pemanis. Selain SMK Palong Timur, ia juga dilaksanakan di SMK LKTP Pemanis.
Menurut Pengetua, Tuan Haji Muzaffar, para pelajar perlulah bersedia setelah lama bercuti bagi menghadapi SPM yang akan menjadi penentu haluan hadapan.
Manakalah Faiz, Ketua Projek TAG4Future di dalam ucapannya menzahirkan rasa terima kasih di atas kesudian sekolah menerima projek Pasukan Sukarelawan Pendidikan G2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...