LATIHAN TUTOR SIRI 1 UNTUK PROJEK TAG4FUTURE
Sabtu, 15 Ogos 2020 - Bagi memastikan program berjalan lancar, sebahagian sukarelawan tutor telah mengikuti Bengkel Kejurulatihan atau lebih dikenali sebagai Training of Trainer.
Menerusi bengkel ini, sukarelawan tutor menyegarkan ingatan dan pemahaman mereka mengenai konsep dan ilmu yang hendak diajar.
Menurut Azhari Imran selaku Setiausaha Projek, beberapa siri latihan akan diadakan dari masa ke semasa sepanjang 3 bulan pelaksanaan projek.
TAG4Future akan bermula esok dan dijangka mengisi 34 siri keseluruhan di dua buah sekolah menengah. Projek yang dibiayai oleh Impact Malaysia ini adalah sebahagian projek impak sosial dalam kluster kesukarelaan pendidikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)