Rabu, 29 November 2023

[1,388] Futsal U14 : Sesi Taklimat dan Cabutan Undi

 FUTSAL U14 : SESI TAKLIMAT DAN CABUTAN UNDI

FELDA PEMANIS, 29 November - Sekitar Sesi Taklimat dan Cabutan Undi untuk Pertandingan Futsal Bawah 14 Tahun - Meniti Di Atas Bakat. 

Taklimat telah diberikan oleh Sdra Izuan Aziz dan pasukan kepengadilan manakala perkara - perkara lain telah disampaikan oleh urusetia.

Sebanyak 8 pasukan akan bertanding.

Jumpa pada Jumaat ini, 1 Disember 2023 jam 08.30 pagi di Gelanggang Futsal FELDA Pemanis 2.

#BungaBangsa #TeamG2 #Futsal


















Ahad, 26 November 2023

[1,388] Bengkel Pembangunan Modul Aktiviti ARPRM UTHM

 BENGKEL PEMBANGUNAN MODUL AKTIVITI ARPRM UTHM

MELAKA, 23 - 25 November - ARPRM #TeamG2 telah dijemput oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk mengendalikan Bengkel Pembangunan Modul Aktiviti ARPRM UTHM.

Ia dilaksanakan menerusi Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) universiti tersebut pada 23 - 25 November lalu bertempat di Straits Hotel dan Suites, Melaka. Bengkel dikendalikan oleh Encik Mizam, Encik Azizi dan Encik Izuan Aziz. 

Program dihadiri oleh 25 orang peserta dengan matlamat untuk menggubal modul aktiviti bagi dilaksanakan kepada mahasiswa yang bakal melaksanakan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).

Para peserta terdiri dari para pensyarah dan pegawai universiti yang menjadi Penyelaras Kelab dan Persatuan Pelajar atau mengendalikan aktiviti bersama pelajar.

Terima kasih PKK UTHM dan semua yang terlibat selama 3 hari 2 malam mengendalikan bengkel tersebut.

#BungaBangsa #ARPRM


































































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...