Jumaat, 17 November 2023

[1,380] Program Pengadil dan Teknikal Muda Bola Baling Johor

 PROGRAM PENGADIL DAN TEKNIKAL MUDA

DESARU, 17 November - Bersempena Kejohanan Bola Baling U16 Tertutup Johor 2023, berlangsung juga Program Pengadil dan Teknikal Muda Bola Baling yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Baling Negeri Johor.

Hampir 150 orang anak muda penggiat bola baling menyertai program itu. Ini termasuklah 4 orang dari FELDA Pemanis iaitu Afiq Amsyar Putra, Fasha Rezal, Haiqal Zaini dan Rida Muslim.

Program diadakan di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRAMSAU), Desaru.

Mereka didedahkan dengan ilmu kepengadilan dan teknikal dalam mengendalikan pertandingan bola baling.

Tahniah yang menyertai. Semoga ilmu dapat dimanfaatkan.

#BungaBangsa #Handball #BolaBaling














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...