Jumaat, 3 November 2023

[1,364] Pengurusan ARPRM Kohort 19 - Perak

 PENGURUSAN ARPRM KOHORT 19 PERAK 

FELDA PEMANIS, 3 Nov - #TeamG2 hari ini melaksanakan Taklimat dan Bengkel Pengurusan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) untuk Kohort 19 - Perak yang meneruskan misi mereka setelah selesai Gangsa.

Seramai 9 dari 11 orang peserta telah hadir dan akan meneruskan perjalanan membina diri sebagai remaja holistik menerusi program ARPRM.

Taklimat Pengurusan dan Perkongsian Pengalaman disampaikan oleh Afiq Amsyar Putra Md Azuan, peserta Tahap Emas. Turut bersama adalah Encik Mizam, Ketua Mentor dan Penyelaras juga Encik Azhari Imran, Pemegang Emas.

Ia diadakan di Pusat Internet Komuniti FELDA Pemanis 2. 

#BungaBangsa #ARPRM #DofE #TheBonding



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...