Jumaat, 24 November 2023

[1,384] Bola Baling U16 : Penyampaian Medal dan Pengumuman Ke Kebangsaan

 FASA 2 : KEJOHANAN BOLA BALING BAWAH 16 TAHUN TERTUTUP NEGERI JOHOR 2023 - PENYAMPAIAN MEDAL DAN PENGUMUMAN PASUKAN KE KEBANGSAAN 

DESARU, 17 - 18 November - Hujung minggu leaps telah berlangsung Kejohanan Bola Baling Bawah 16 Tahun Tertutup. Negeri Johor 2023 bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRAMSAU), Desaru.

Ia dianjurkan oleh Persatuan Bola Baling Negeri Johor. Majlis Penutup dan Penyampaian Medal disempurnakan oleh YB Datuk Pandak Ahmad, Pengerusi Persatuan Bola Baling Malaysia yang juga merupakan ADUN Johor. 

Haiqal Zaini, Fasha Rezal dan Rida Muslim menjadi sebahagian dari pasukan Segamat dan bertanding di kejohanan tersebut. Haiqal dan Fasha terpilih mewakili Johor ke Kebangsaan

Pasukan Perempuan telah berjaya menjadi Johan dengan mengalahkan pasukan Iskandar Puteri manakala Pasukan Lelaki pula tewas juga kepada Iskandar Puteri dalam perlawanan akhir untuk merangkul Naib Johan.

Tahniah diucapkan kepada semua.

#BungaBangsa #BolaBaling #Handball

























































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...