Jumaat, 3 November 2023

[1,363] Pengurusan ARPRM Kohort 20 Gangsa

 PENGURUSAN ARPRM KOHORT 20 GANGSA 

KUMPULAN BAHARU #TeamG2 MEMULAKAN PERJALANAN

FELDA PEMANIS, 3 Nov - #TeamG2 hari ini melaksanakan Taklimat dan Bengkel Pengurusan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) untuk kumpulan baharu Kohort 20.

Seramai 25 orang peserta telah mendaftar dan akan bersama #TeamG2 menelusuri perjalanan membina diri sebagai remaja holistik menerusi program ARPRM.

Taklimat Pengurusan dan Perkongsian Pengalaman disampaikan oleh Afiq Amsyar Putra Md Azuan, peserta Tahap Emas. Turut bersama adalah Encik Mizam, Ketua Mentor dan Penyelaras juga Encik Azhari Imran, Pemegang Emas.

Ia diadakan di Pusat Internet Komuniti FELDA Pemanis 2. 

Secara rasmi, Kohort 20 mula diterima sebagai sebahagian dari #TeamG2. 

#BungaBangsa #ARPRM #DofE #TheBonding












































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...