BENGKEL PEMBANGUNAN MODUL AKTIVITI ARPRM UTHM
MELAKA, 23 - 25 November - ARPRM #TeamG2 telah dijemput oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk mengendalikan Bengkel Pembangunan Modul Aktiviti ARPRM UTHM.
Ia dilaksanakan menerusi Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) universiti tersebut pada 23 - 25 November lalu bertempat di Straits Hotel dan Suites, Melaka. Bengkel dikendalikan oleh Encik Mizam, Encik Azizi dan Encik Izuan Aziz.
Program dihadiri oleh 25 orang peserta dengan matlamat untuk menggubal modul aktiviti bagi dilaksanakan kepada mahasiswa yang bakal melaksanakan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
Para peserta terdiri dari para pensyarah dan pegawai universiti yang menjadi Penyelaras Kelab dan Persatuan Pelajar atau mengendalikan aktiviti bersama pelajar.
Terima kasih PKK UTHM dan semua yang terlibat selama 3 hari 2 malam mengendalikan bengkel tersebut.
#BungaBangsa #ARPRM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)