Ahad, 3 Mac 2024

[1,472] Kompang Sambut Ketibaan Fun Ride Masjid Nurul Yakin

 KOMPANG SAMBUT KETIBAAN FUN RIDE MASJID NURUL YAKIN

FELDA PEMANIS, 3 Mac - Pasukan Kompang Studio Seni G2 telah diundang untuk berkompang bagi menyambut ketibaan rombongan Fun Ride Semarak Ramadhan di Masjid Nurul Yakin, FELDA Pemanis 1.

Program Fun Ride Semarak Ramadhan Masjid Kerajaan Negeri Johor Peringkat Daerah Segamat ini adalah anjuran Pejabat Kadi Daerah Segamat menjelajah 4 buah masjid iaitu Masjid Segamat Baru, Masjid FELDA Pemanis 1, Masjid FELDA Redong dan Masjid Bandar Labis.

Lebih kurang 100 biji motor, kereta dan lain - lain kenderaan mengambil bahagian.

Program diisi dengan solat Dhuha, Kuliah Dhuha dan penyampaian sumbangan asnaf.

Terima kasih Pengerusi Masjid Nurul Yakin di atas kesudian mengundang kami untuk menyerikan sambutan.

#TeamG2 #StudioSeni #Kompang #SemarakRamadhan #FunRide

















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...