Ahad, 24 Mac 2024

[1,483] Tadarus dan Khatam Al - Quran Orang Muda Johor 2024M / 1445H

 TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN JELAJAH ASPIRASI ORANG MUDA JOHOR 2024M / 1445H

KLUANG, 24 Mac - Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor @ Kluang 2024 diserikan dengan aktiviti mengimarahkan bulan Ramadan dengan berlangsungnya Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran yang disertai lebih 300 peserta di Masjid Bandar Kluang.

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah mewakili Southern Volunteers Daerah Segamat untuk majlis tersebut. Seramai 12 orang SV #TeamG2 terlibat menyempurnakan Juzuk 2.

Mereka adalah Izuan, Hafiz, Ramadanni, Ariq, Wan Adam, Syahmi, Hafiz Haikal, Asyraff, Hazriq, Adam Hariz dan Alif Danish. 

Bacaan doa khatam al-Quran telah dipimpin Nasaruddin Jumain, Imam Masjid Bandar Kluang diikuti tazkirah ringkas disampaikan Ustaz Azam Al-Kankari sebelum berbuka puasa dan menunaikan Solat Fardu Maghrib berjemaah.



Hadir sama, Yang Berhormat Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor merangkap Presiden Majlis Belia Negeri Johor dan Yang Berhormat Dato’ On Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia, Sukarelawan).

#SouthernVolunteers #SVSegamat #TeamG2 #BungaBangsa #OrangMudaJohor



















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...