Jumaat, 15 Mac 2024

[1,479] Sesi 4 : Pengurusan UPU dan IPG Lepasan Matrikulasi KPM

 Sesi 4 - Pengurusan UPU dan IPG Secara Dalam Talian Untuk Lepasan Matrikulasi KPM

FELDA PEMANIS, 15 Mac 2024 - #TeamG2 sekali lagi telah meneruskan program pembinaan generasi masa hadapan dengan Program Pengurusan UPU dan IPG Secara Dalam Talian. Kali ini untuk lepasan Matrikulasi KPM Sesi 2023 / 2024. 

Program tahunan pelbagai peringkat ini memfokus kepada pengisian dan semakan borang permohonan untuk menyambung pengajian.

Remaja ini mengisi borang - borang dalam talian untuk ke program Ijazah Sarjana Muda menerusi UPU dan Institusi Pendidikan Guru.

Sebelum itu, sesi penerangan telah diadakan. Setiap remaja yang terlibat kemudian akan mengira markah merit mereka bagi disesuaikan dengan susunan permohonan yang bakal dibuat.



Selamat maju jaya kepada semua anak - anak Pemanis yang telah menyempurnakan permohonan. Bagi yang belum menyempurnakan, masih ada masa lagi dan boleh berhubung dengan sekretariat #TeamG2.

#InsklusivitiPendidikan #BungaBangsa 

#21TahunSukarelawanPendidikan #UPU #IPG #SukarelawanPendidikan








































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...