Sesi 2 - Pengisian Borang UPU - Menggapai Pendidikan Ketiga - #HidupLepasSPM #Batch06 #SPM2023
FELDA PEMANIS, 6 Mac 2024 - #TeamG2 sekali lagi telah meneruskan program pembinaan generasi masa hadapan dengan Menggapai Pendidikan Ketiga - Lepasan SPM 2023.
Program tahunan pelbagai peringkat ini memfokus kepada pengisian dan semakan borang permohonan untuk menyambung pengajian. Sesi sebelum ini untuk ke Matrikulasi manakala sesi hari ini adalah untuk lepasan SPM 2023.
Remaja ini mengisi borang - borang dalam talian untuk ke Matrikulasi juga UPU yang merangkumi Asasi, Diploma dan Sijil sama ada aliran akademik mahupun kemahiran di institusi pengajian yang ditanggung Kerajaan Malaysia.
Sebelum itu, sesi penerangan telah diadakan. Setiap remaja yang terlibat kemudian akan mengira markah merit mereka bagi disesuaikan dengan susunan permohonan yang bakal dibuat.
Selamat maju jaya kepada semua anak - anak Pemanis yang telah menyempurnakan permohonan. Bagi yang belum menyempurnakan, masih ada masa lagi dan boleh berhubung dengan sekretariat #TeamG2.
Terima kasih juga buat sukarelawan yang membantu hari ini iaitu Izuan (mahasiswa Perakaunan UMT), Ahmad Daniel (mahasiswa Perkomputeran Mudah Alih UiTM) dan Aiman (mahasiswa Multimedia UiTM). Terima kasih juga buat Pusat Internet (NADI) Felda Pemanis Dua.
#InsklusivitiPendidikan #BungaBangsa
#21TahunSukarelawanPendidikan #UPU #SPM2023 #SukarelawanPendidikan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)