Isnin, 11 Mac 2024

[1,476] ARPRM, Kesukarelaan dan Pembangunan Potensi Remaja

 ARPRM, KESUKARELAAN DAN PEMBANGUNAN POTENSI REMAJA

FELDA PEMANIS, 11 Mac - Minggu pertama persekolahan sesi 2024 / 2025 diisi dengan pelbagai kegiatan non - akademik. Salah satu pengisiannya adalah ruang yang diberikan kepada Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menerusi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) oleh SMK LKTP Pemanis (SMP). 

Selama dua jam setengah, slot ARPRM, Kesukarelaan dan Pembangunan Potensi Remaja telah disertai oleh lebih 300 pelajar SMK LKTP Pemanis. Ia dikendalikan oleh 10 orang sukarelawan terdiri daripada Mentor, penerima Tahap Emas, peserta Tahap Emas dan alumni ARPRM.

Slot dimulakan dengan pembukaan oleh cikgu Nurul Jalilah, Kaunselor SMP. Fakhrul Aiman kemudian meneruskan dengan sedikit aktiviti penyegaran. Taklimat ARPRM disampaikan oleh Mizam Rahim. 

Ia kemudian diikuti dengan sesi perkongsian pengalaman program oleh Izuan Aziz dan Afiq Amsyar Putra. Beberapa orang sukarelawan kemudiannya diberikan ruang untuk berinteraksi dengan pelajar menjurus pengalaman mereka. 

Cikgu Sa’adiah Mat Sa’at, GPK 1 SMP kemudiannya membuat rumusan, menutup dan menyampaikan sijil kepada sukarelawan terlibat.

Terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan terlibat. Mereka adalah Azizi Abd Rahim (Mentor Kanan, PTD), Khairul Izuan Aziz (Penerima Emas, Perakaunan UMT), Fakhrul Aiman Rezal (Penerima Emas, Multimedia UiTM), Mohd Anees Assri (alumni ARPRM, Matematik UiTM), Ezrafiq Hairul Maizar (peserta Emas, Kejuruteraan Awam UiTM), Alya Nabilah Mohd Faizal (peserta Emas, Pendidikan), Mohd Hafiz Ahmad (peserta Emas), Afiq Amsyar Putra (peserta Emas) dan Saliha Jasmine (peserta Emas).



Tentunya penghargaan untuk Cikgu Azmi Abd Rahim (Pengetua), Cikgu Sa’adiah (GPK 1), guru - guru GPK dan GKMP, guru - guru dan semua pelajar SMP.

Semoga sesi ini mendatangkan manfaat untuk semua.

#TeamG2 #BungaBangsa #ARPRM #InsklusivitiPendidikan #21TahunSukarelawanPendidikan


















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...