Ahad, 26 Mei 2024

[1,511] Majlis Kesyukuran Kediaman Pegawai Rakan Muda

Sebahagian peserta ARPRM Tahap Emas malam tadi berkunjung ke kediaman Encik Hasdi Ismail, Pegawai Rakan Muda Daerah Segamat di atas jemputan majlis kesyukuran yang diadakan.

Terima kasih Encik Hasdi di atas jemputan. Semoga sentiasa sihat sejahtera bersama keluarga.

#TeamG2 #BungaBangsa


















Sabtu, 25 Mei 2024

[1,510] Latihan Kompang - 25 Mei 2024

 LATIHAN KOMPANG - 25 Mei 2024

Sekitar latihan kompang malam ini yang diadakan di Dewan Terbuka JKKR FELDA Pemanis 2.

Terima kasih kepada semua yang hadir.

Terima kasih juga buat ibu bapa penjaga yang memberikan keizinan.

Sukarelawan Media : Yaya dan Dani 

#BungaBangsa #TeamG2 #RakanMuda #Kompang #SeniBudaya






























Jumaat, 24 Mei 2024

[1,509] Sesi 4 : Bengkel Sistem Prolog ARPRM Digital

 SESI 4 : BENGKEL SISTEM PROLOG ARPRM  DIGITAL

FELDA PEMANIS, 22 - 24 Mei 2023 - Selama 3 hari telah diadakan secara ringkasi Sesi 4 : Bengkel Sistem Prolog ARPRM Digital melibatkan beberapa orang peserta dalam kumpulan kecil.

Mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil mengikut keperluan yang harus diselesaikan iaitu : 

Kumpulan 1 : Rashidi Amazal (Tahap Perak)

- mendaftar untuk meneruskan tahap menerusi Sistem Prolog

Kumpulan 2 : Mohd Affiq Aiman (Tahap Emas)

- Penentuan jenis aktiviti dan matlamat

- Merekodkan aktiviti pertama berasaskan contoh

Kumpulan 3 : Fareez (Tahap Perak) dan Darwisy (Tahap Emas)

- Penentuan jenis aktiviti dan matlamat

- Merekodkan aktiviti pertama berasaskan contoh

Mereka semua adalah peserta yang melaksanakan ARPRM menerusi Sistem Prolog secara digital, tanpa buku rekod.

Selamat maju jaya semua.

#ARPRM #TeamG2 #BungaBangsa #ARPRMdigital #SistemProlog


















 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...