Rabu, 29 Mei 2024

[1,519] Hari 1 : Projek Penempatan ARPRM Tahap Emas Siri 12

 Hari 1 : Projek Penempatan ARPRM Emas Siri 12 

DUNGUN, 29 Mei - Hari pertama dimulakan jam 08.00 pagi dengan 8 orang peserta ARPRM Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas melapor diri di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (TCIC), Dungun, Terengganu.

Taklimat disampaikan oleh Encik Halim, Ketua Daer

















































































ah Perikanan Kemaman dan Puan Ayu, Ketua Pusat TCIC. Sedikit rombakan jadual diputuskan bagi disesuaikan dengan keperluan dan keadaan semasa.




Antara aktiviti yang dilakukan hari ini adalah :

Lapangan Saintifik :

- Tugasan berkaitan pengeraman dan penetasan telur penyu

- Pengumpulan data proses eraman telur penyu

- Mengkaji dan memahami hubungan antara suhu, kedalaman dan tempoh eraman dengan jantina penyu

- Memahami morfologi penyu

- Penyediaan makanan penyu dan memberi makan

Lapangan Awam

- Pengurusan pelawat 

- Penerangan kepada pengunjung

Lapangan Kaji Selidik

- Mendapatkan responden untuk kaji selidik berkaitan konservasi penyu

Cuti sekolah ini menyaksikan ramai pengunjung dari serata Malaysia datang ke TCIC. 

Projek Penempatan ARPRM Emas Siri 12 membawa tajuk Program Kesedaran Awam dan Kajian Saintifik Pemuliharaan Penyu dan Ekosistem Marin (Public Awareness and Scientific Research Programme on Turtle Conservation and Marine Ecosystem) menerusi Kluster Sains Hayat dan Sains Sosial.

Ia berlangsung di Dungun dan Kemaman, Terengganu.

Terima kasih Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di atas kelulusan projek kali ini. Terima kasih juga Cawangan Konservasi Ekosistem dan Biodiversiti,  Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia di atas persetujuan jalinan kerjasama ARPRM Tahap Emas ini.

#TeamG2 #PP12Dungun #TeamG2



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...