Khamis, 2 Mei 2024

[1,500] Kursus Pengurusan ARPRM Peringkat Negeri Pahang

 KURSUS PENGURUSAN ARPRM PERINGKAT NEGERI PAHANG

ROMPIN, 2 Mei - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Rompin telah melaksanakan Kursus Pengurusan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bertempat di Dewan PPD Rompin, Pahang.

Ia disertai oleh kira - kira 35 orang guru - guru sekolah menengah sekitar daerah Rompin dan beberapa daerah lain.

Kursus sehari itu telah dikendalikan oleh Encik Mizam dan Encik Azizi, kedua - duanya adalah Mentor ARPRM untuk Daerah Segamat dan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Encik Mizam juga merupakan Ahli Jawatankuasa Teknikal dan Operasi (JKOT) ARPRM.

Tahniah kepada semua guru - guru negeri Pahang yang telah menyempurnakan kursus asas ini dan lulus. Semoga dapat menerbitkan sinar peserta ARPRM di lapangan sekolah masing - masing.

#ARPRM #BungaBangsa #TeamG2










































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...