Ahad, 12 Mei 2024

[1,505] Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Guru ARPRM SMK Paduka Tuan

 LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) GURU - GURU ARPRM SMK PADUKA TUAN

SEGAMAT, 12 Mei - Seramai 88 orang guru yang akan menjadi Jurulatih bagi program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di SMK Paduka Tuan, Segamat telah diberikan kursus ringkas dan penerangan mengenainya pada Ahad lepas.

Sesi dibahagikan dua iaitu pada sebelah pagi untuk guru - guru sidang petang seramai 26 orang dan sebelah petang pula untuk guru - guru sidang pagi seramai 62 orang.

Taklimat kepada guru - guru ini disampaikan oleh Cikgu Haji Mohd Aris Dol (GPK 1) dan Encik Mizam, kedua - duanya merupakan Jawatankuasa Operasi dan Teknikal (JKOT) ARPRM Kebangsaan. Sesi Perkongsian Pengalaman pula disampaikan oleh Encik Mohd Hafiz Ahmad, peserta Tahap Emas.

Program telah diselaraskan oleh Puan Nurul Aniza Paiman, guru sekolah berkenaan yang juga merupakan salah seorang Alumni ARPRM dari Kohort Pertama tahun 2002. Puan Aniza menyempurnakan ARPRM di bawah Mentor Encik Mizam.

Semoga pada hujung tahun ini SMK Paduka Tuan dapat melahirlkan kumpulan pertama yang sempurna ARPRM pada Tahap Gangsa.

#BungaBangsa #ARPRM #TeamG2






































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...