Khamis, 30 Mei 2024

[1,518] Hari 2 : Projek Penempatan ARPRM Tahap Emas Siri 12

 Hari 2 : Projek Penempatan ARPRM Emas Siri 12 

DUNGUN DAN KEMAMAN, 30 Mei - Hari kedua adalah hari yang amat panjang untuk semua 8 orang peserta ARPRM Tahap Emas. Aktiviti hari kedua ini berlangsung di dua lokasi dan dua daerah berasingan : Rantau Abang, Dungun dan Ma’Daerah, Kemaman. 

Antara aktiviti yang dilakukan hari kedua adalah :

Lapangan Saintifik (Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu , Rantau Abang)

- Pembersihan kolam penyu

Lapangan Saintifik (Pusat Santuari Penyu Ma’Daerah)

- Menjejak penyu yang mendarat dan bertelur sepanjang 1.7 km pantai Ma’Daerah selama 10 jam pada waktu malam

- Membawa balik sebanyak 397 butir telur penyu hasil dari 4 ekor penyu

- Mengkaji 8 ekor penyu yang mendarat

- Menanam semua telur yang ditemui di pusat pengeraman

- Mengurus 60 ekor anak - anak penyu yang baru menetas dari 72 biji telur yang dieram.

Lapangan Awam

- Pengurusan pelawat 

- Penerangan kepada pengunjung





Lapangan Kaji Selidik

- Mendapatkan responden untuk kaji selidik berkaitan konservasi penyu di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, sekitar Rantau Abang dan sekitar bandar Dungun

Projek Penempatan ARPRM Emas Siri 12 membawa tajuk Program Kesedaran Awam dan Kajian Saintifik Pemuliharaan Penyu dan Ekosistem Marin (Public Awareness and Scientific Research Programme on Turtle Conservation and Marine Ecosystem) menerusi Kluster Sains Hayat dan Sains Sosial.

Ia berlangsung di Dungun dan Kemaman, Terengganu.

Terima kasih Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di atas kelulusan projek kali ini. Terima kasih juga Cawangan Konservasi Ekosistem dan Biodiversiti,  Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia di atas persetujuan jalinan kerjasama ARPRM Tahap Emas ini.

#TeamG2 #PP12Dungun #TeamG2


















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...