Jumaat, 13 September 2024

[1,598] Taklimat dan Pendaftaran ARPRM - Kumpulan Tingkatan Enam

 TAKLIMAT DAN PENDAFTARAN ARPRM - PELAJAR TINGKATAN ENAM

TAMAN YAYASAN, 13 September - Satu sesi khas Taklimat dan Pendaftaran Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Pelajar Tingkatan Enam telah diadakan pagi ini bertempat di Pusat Internet Taman Yayasan.

Seramai 2 orang remaja Cina dan seorang remaja India telah mendaftar. 

Taklimat disampaikan oleh Mentor program. Sesi perkongsian pengalaman daripada peserta ARPRM Tahap Emas iaitu Abdul Razak Abdul Rahim juga telah diadakan. 

Mereka akan melaksanakan ARPRM menerusi Sistem Prolog iaitu perekodan aktiviti secara dalam talian.

Semoga berjaya semua menyelesaikan misi bagi setiap tahap.

#ARPRM #RakanMuda




























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...