Isnin, 2 September 2024

[1,593] ARPRM Tahap Emas : Penyerahan Laporan Bilangan 43

 AHMAD DANEIL WARI SERAH LAPORAN ARPRM EMAS KE - 43

SEGAMAT, 2 Sept - Ahmad Daneil Wari, 21 tahun, peserta Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas dari Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah menghantar laporan kepada Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat pada pagi ini.

Mahasiswa UiTM Kuala Terengganu dalam pengajian Sarjana Muda Sains Komputer (Perkomputeran Mudah Alih) itu merupakan peserta ke - 8 tahun ini menghantar laporan Emas. Beliau merupakan cucu peneroka FELDA Pemanis 1.

Laporan telah diterima oleh Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat. Sesi penilaian dan refleksi bersama Pegawai Belia dan Sukan turut diadakan.

Ahmad telah sempurna semua 5 komponen yang disyaratkan untuk ARPRM Tahap Emas. Belia mengambil masa 4 tahun 5 bulan untuk sempurna dari tahap Gangsa ke Emas.

Penyediaan laporan meliputi penyempurnaan buku rekod, buku log dan laporan akhir. Pengesahan sempurna semua komponen telah diperakukan oleh Encik Armizam Abd Rahim, Ketua Mentor ARPRM.

Syabas dan tahniah buat Ahmad.

#BungaBangsa #TeamG2 #ARPRM #RakanMuda #SouuthernVolunteers #TheSurvivor






















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...